Saya amat tertarik dengan perkongsian dari seorang murobbi tentang sifat-sifat yang perlu ada dalam diri seorang pendakwah. Saya amat berharap moga-moga diri ini mampu mencapai kesemua sifat ini.. kerana saya amat bercita-cita untuk menjadi pekerja islam yang sentiasa ikhlas berjuang kerana tuhannya..

Sifat-sifat yang perlu ada dalam diri daie

1. Keimanan yang mendalam, sentiasa merasai kebersamaan Allah dalam kehidupan
2. Mengambil berat tentang urusan dakwah
3. Tidak mengenal erti penat dan rehat
4. Tidak tahu erti lemah
5. Tidak suka memberi alasan dan kelemahan
6. Bersegera dalam melaksanakan tugasan
7. Mempunyai cita-cita yang tinggi
8. Mempunyai kekuatan dan keazaman
9. Sanggup menahan bebanan yang berat
10.Menggunakan segala yang dimiliki termasuklah dirinya untuk dakwah
11.Menjadi qudwah dalam setiap perilaku
12.Berkeinginan tinggi untuk menyebarkan dakwah
13.Bersabar terhadap setiap kesulitan dalam dakwah
14.Kuat bekerja supaya semua manusia mengetahui akan hakikat islam
15.Mengorbankan diri terhadap dakwah tanpa ada cuti
16.Menepati janji
17.Mengutamakan yang lebih utama
18.Bergerak secara terancang
19.Takut kepada kemasyhuran
20.Suka menambahkan ilmu
21.Menanamkan harapan dan kethiqahan dalam diri manusia lain
22.Takut amalan tidak diterima oleh Allah
23.Berhati-hati dalam tindakan supaya tidak menjejaskan usaha-usaha orang terdahulu
24.Melaksanakan tugas yang diamanahkan dengan baik walau di mana sahaja posisinya
25.Mengambil berat tentang ridha Allah
26.Membentuk pewaris dakwah yang akan mewarisi kerja ini

0 comments: