matlamat HAMBA yang sebenar

Apabila berlalunya sebuah kehidupan maka akan terbitnya sebuah kehidupan yang lain. Itulah sebaik-baik susunan yang telah ditakdirkan oleh yang maha Esa. Jika kita kaitkan dengan kehidupan kita , akan sentiasa silih berganti . Kita mendapat pendidikan di sekolah rendah kemudian sekolah menengah dan seterusnya ke alam universiti dan alam pekerjaan. Semua itu merupakan satu perjalanan untuk kita menuju kepada ALLAH. Namun begitu manusia kadang-kadang terlupa menyediakan bekalan untuk bertemu ALLAH. Mereka sibuk menyediakan bekalan untuk jangka pendek sebaliknya bekalan jangka masa panjang diabaikan. Mereka leka dengan perhiasan dunia sehingga lupa ke mana hala tuju yang sebenar. Kerna itu kita harus sentiasa diingatkan dengan firman ALLAH S.W.T :
"Dan aku tidak ciptakan manusia dan jin melainkan beribadah kepadaku"

Inilah merupakan matlamat sebenar kita diciptakan. Bagaimana kita hendak menuju ke arah matlamat itu? ALLAH telah mengutuskan para rasul dan kitab suci sebagai panduan kepada manusia untuk terus berada pada jalan yang betul dan mencapai matlamat kenapa dia diciptakan. Firman Allah :
"Dan sesungguhnya Kami telah mengutuskan Rasul pada setiap umat (untuk menyerukan) sembahlah Allah sahaja dan jauhilah toghut itu . Maka di antara umat itu ada orang-orang yang diberi petunjuk oleh Allah dan ada pula di antaranya orang-orang yang telah pasti kesesatannya."

Marilah kita sama-sama merenung kembali tentang hakikat kehidupan kita yang sebenar supaya kita tidak tergelincir dari jalan yang lurus iaitu jalan dakwah dan tarbiah ; satu-satunya jalan yang membawa kita ke syurga dan bertemu dengan allah. Perbaikilah diri dan orang lain dan jadilah insan yang bertakwa kerana sesungguhnya sebaik-baik bekalan menuju ke syurga ialah TAKWA.