Saya amat tertarik dengan perkongsian dari seorang murobbi tentang sifat-sifat yang perlu ada dalam diri seorang pendakwah. Saya amat berharap moga-moga diri ini mampu mencapai kesemua sifat ini.. kerana saya amat bercita-cita untuk menjadi pekerja islam yang sentiasa ikhlas berjuang kerana tuhannya..

Sifat-sifat yang perlu ada dalam diri daie

1. Keimanan yang mendalam, sentiasa merasai kebersamaan Allah dalam kehidupan
2. Mengambil berat tentang urusan dakwah
3. Tidak mengenal erti penat dan rehat
4. Tidak tahu erti lemah
5. Tidak suka memberi alasan dan kelemahan
6. Bersegera dalam melaksanakan tugasan
7. Mempunyai cita-cita yang tinggi
8. Mempunyai kekuatan dan keazaman
9. Sanggup menahan bebanan yang berat
10.Menggunakan segala yang dimiliki termasuklah dirinya untuk dakwah
11.Menjadi qudwah dalam setiap perilaku
12.Berkeinginan tinggi untuk menyebarkan dakwah
13.Bersabar terhadap setiap kesulitan dalam dakwah
14.Kuat bekerja supaya semua manusia mengetahui akan hakikat islam
15.Mengorbankan diri terhadap dakwah tanpa ada cuti
16.Menepati janji
17.Mengutamakan yang lebih utama
18.Bergerak secara terancang
19.Takut kepada kemasyhuran
20.Suka menambahkan ilmu
21.Menanamkan harapan dan kethiqahan dalam diri manusia lain
22.Takut amalan tidak diterima oleh Allah
23.Berhati-hati dalam tindakan supaya tidak menjejaskan usaha-usaha orang terdahulu
24.Melaksanakan tugas yang diamanahkan dengan baik walau di mana sahaja posisinya
25.Mengambil berat tentang ridha Allah
26.Membentuk pewaris dakwah yang akan mewarisi kerja ini

Yakinlah dan hayatilah

تترددوا

يا معشر الإخوان لا تترددوا عن حوضكم حيث الرسول محمد
Wahai para ikhwan,janganlah sekali-kali kamu ragu2
Tentang kolam kamu yg dimiliki oleh Rasulullah

نادتكم الفردوس فامضوا نحوها في دعوة الإسلام عزوا واسعدوا
Jannah Firdaus sedang memanggil kamu, maka sahutlah kearahnya
Dengan dakwah ini, maka berbanggalah dan berbahagialah

إنا فرشنا بالكفاح طريقنا ودم الشهادة نبعنا المتورد
Sesunggguhnya kita telah hamparkan jalan kita dengan perjuangan
Dan darah syahid itulah kekuatan kita yang mengalir

علماؤنا ببمدادهم فتحوا الدنا نحن الذين على الكتاب تعاهدوا
Ulama’ kita melalui tulisan pena mereka, telah membuka dunia
Kitalah manusia yg di atas dasar Kitabullah telah berjanji setia

إيماننا بالله قوى ضعفنا إخلاصنا يحيي القلوب ويسعد
Keimanan kita kepada Allah menguatkan kelemahan kita
Keikhlasan kita menghidupkan hati dan membahagiakan

أعلامنا بإخائنا تتألق فتيقنوا وتوكلوا وتوددوا
Panji2 kita akan bersinar dengan ikatan persaudaraan
Maka yakinlah, bertawakallah dan berkasih-sayanglah

أركان هذا البيت أعمدة الهدى نمضي بها دوما ولا نتردد
Rukun2 bait iniadalahtiangserikepadapetunjuk
Kita melaluinyasentiasatanpa ragu2

الفهم والإخلاص والعمل النقي ثم الجهاد قوة وتجرد
Faham, Ikhlas, Amal , Jihad, Ukhuwwah, Tajarrud

ثقة وتضحية وطاعة ربنا ثم الثبات نشيدنا المتوقد
Tsiqah, Pengorbanan, Taat, Tsabat

هاذي أخي أركان بيعتنا التي نادى بها فينا الإمام المرشد
Inilahsaudaraku rukun2baiahkita
Yang telahdilaungkanoleh Imam Mursyid

WAHAI MANUSIA SIAPAKAH KAMU

Oleh Asy Syahid Al Imam Hassan Al Banna

Terjemahan: Mimbar Jumuah.


“ Hai manusia, apakah yang telah memperdayakan kamu (dengan berbuat durhaka) terhadap Tuhanmu Yang Maha Pemurah, Yang telah menciptakan kamu dan menyempurnakan kejadian kamu dan menjadikan (susunan tubuh) kamu seimbang dalam bentuk apa sahaja yang dikehendaki. Dialah yang menyusun tubuhmu. “

(Surah Al Infitar ayat 6 – 8)

1. Adapun orang-orang yang beriman mengatakan:-

Kamu adalah merupakan satu penciptaan Allah s.w.t, suatu tiupan suci dari sisi Allah s.w.t. Allah s.w.t menjadikan kamu dengan kekuasaanNya. Ditiup Nya ke dalam diri kamu dengan roh dari sisiNya. Dimuliakan kamu dari seluruh makhluk Nya yang lain. Seluruh malaikat telah sujud kepadamu. Allah s.w.t telah mengajar kepadamu segala sesuatu. Diletakkan di bahu kamu amanah, lantas kamu pikul. Dilimpahkan ke atas kamu nikmat-nikmat dari sisiNya baik yang zahir maupun batin. Dijadikan untuk kamu seluruh isi langit dan bumi. Dimuliakan kamu dengan setinggi-tinggi kemuliaan. Diciptakan kamu dengan sebaik-baik penciptaan. Dipersiapkan kamu dengan sesempurna persiapan. Diberikan kepadamu pendengaran, pengelihatan dan hati. Dijelaskan kepadamu dengan dua jalan (buruk dan baik) dan ditunjukkan kamu dua persimpangan. Dipermudahkan kepada kamu dalam membuat pilihan terhadap jalan-jalan tersebut. Dengan izinNya dan penciptaanNya, kamu dapat terapung di air dan terbang di udara bahkan dapat memecahkan atom-atom. Dengan fikiran dan kemampuan kamu, kamu dapat melampaui lapisan-lapisan awan dan langit (serta bumi).

Lantaran itu adakah lagi penciptaan dan kejadian yang lebih mulia, lebih suci dan lebih agung dari penciptaan Rabbani ini?.

Seterusnya hidup kamu yang singkat di dunia ini tidak akan berhenti setakat itu sahaja, kamu akan dihidupkan dan dibangkitkan kembali. Kamu akan dihimpunkan semula, kamu akan menempuh hidup baru dengan penuh kemuliaan di dalam satu negeri yang penuh dengan kenikmatan dan kebaikan, dengan syarat kamu mengerti rahsia kamu dijadikan dan seterusnya pula kamu beramal dengan penuh keikhlasan semata-mata kerana Allah s.w.t, Al Ma’bud, Al Khaliq. Firman Allah s.w.t:-


“ Tidak Aku jadikan jin dan manusia melainkan untuk pengabdian kepadaKu. Aku tiak menghendaki rezeki sedikitpun dari mereka dan Aku tidak menghendaki supaya mereka memberi Aku makan “

(Surah Az Dzariyat ayat 56 – 57)

Kematian yang dibimbangi dan ditakuti itu tidak lain melainkan hanyalah satu perpindahan daripada hidup di dunia ini kepada kehidupan yang satu lagi. Firman Allah s.w.t:-


“ Dan tiadalah kehidupan di dunia ini melainkan senda gurau dan mainan belaka. Dan sesungguhnya akhirat itulah sebenarnya kehidupan jika mereka mengetahui. “

(Surah Al Ankabuut ayat 64)


Jasad kamu tidak lain adalah seolah-olah satu sangkar dan jiwa kamu terkurung di dalamnya. Seolah-olah dalam satu pakaian terhadap jiwa kamu, sehingga sampai kepada satu ketika dimana kamu menemui kematian. Semoga Allah s.w.t merahmati orang-orang yang Arif yang berkata:-

Akulah burung dan inilah sangkarku (jasadku)

Bila ku terbang darinya, tinggallah ia terkatung-katung,

Pakaian adalah masa,

Kini ku merindui peluang

Dapat ku bertemu Allah dengan sebenarnya

Jangan kau kira maut itu adalah kesudahan,

Bahkah hanya dari sini (dunia) ke sana (akhirat)


2. Sebaliknya orang-orang Materialis dan suka membantah akan berkata:

Kamu wahai manusia, hanyalah satu genggaman tanah, berasal dari setitik mani yang terperangkap di dalam rahim. Dengan masa, lama kelamaan kamu akan luput dan fana. Tidak ada apa-apa lagi selepas itu. Siapakah yang dapat menghidupkan tulang belulang yang telah hancur luluh. Demikianlah kata orang yang terdahulu dari mereka. Firman Allah s.w.t:-

“ Dan mereka berkata : Kehidupan ini tidak lain hanyalah kehidupan di dunia sahaja, kita mati dan kita hidup tiada yang dapat membinasakan kita melainkan masa dan mereka sekali-kali tidak mempunyai pengetahuan tentang itu, mereka tidak lain hanyalah menduga-duga sahaja . “

(Surah Al Jathiyah ayat 24)

Orang-orang yang terkemudian dari mereka pula berkata ‘ Diri kamu hanyalah adunan unsur-unsur bumi dan kehidupan kamu adalah peredaran sistem-sistem fisiologi semata-mata. Segala sentimen, perasaan dan kewujudan, juga fikiran dan kudrat, bahkan keazaman dan kemahuan hanyalah kesan dari adunan unsur-unsur bumi dan natijah dari percampuran tanah dan air. Kehidupan itu hanyalah pusiangan hari-hari tertentu yang dapat kamu mengambil kesempatan untuk kamu berseronok-seronok dan berfoya-foya.

Sesungguhnya dunia ini adalah makan dan minum dan tidur. Bila ini semua luput maka selamat tinggallah dunia.

Wahai saudara, itulah permasalahan hidup yang sebenarnya jika kamu perhatikan dengan betul-betul. Jika kamu renungkan dengan betul-betul, kamu tidak akan tergolong ke dalam golongan orang-orang yang lalai dan leka dengan kewujudan mereka, yang tidak mengambil berat terhadap kewajipan insaniyah mereka. Kamu akan menjadi orang-orang yang sedar terhadap matlamat hidup kamu dan jalan mana yang kamu harus tempuhi.

Seperkara yang inginku nasihatkan kamu:-

Ambilah peluang untuk bersendirian seketika di waktu malam atau siang. Pergunakanlah ia untuk merenung dengan sedalam-dalamnya terhadap kehidupan individu dan jamaah. Apabila kamu telah mencapai hakikat pandangan yang pertama tadi, iaitu pandangan orang-orang yang beriman, kamu akan dapat menyedari dimanakah kamu yang sebenarnya. Sesungguhnya kamu akan dapat meningkatkan dirimu kepada matalamat sebenarnya, seterusnya kamu menuju Allah s.w.t Yang Maha Agung. Kamu akan mensucikan dirimu dengan mengingatiNya, mentaatiNya, muraqabah kepadaNya dan sentiasa takutkanNya. Sesiapa yang mengenali dirinya nescaya ia akan mengenali Tuhannya, Janganlah kamu merasa anih jika terdapat orang yang memilih pandangan kedua, pandangan orang-orang yang sesat, kerana di sana ada dua jalan iaitu Jalan Fitnah atau jalan Hidayah. Firman Allah s.w.t:

“ Maka tatkala mereka melupakan apa yang diperingatkan kepada mereka, Kami selamatkan orang-orang yang melarang dari perbuatan jahat dan Kami timpakan kepada orang-orang yang zalim siksaan yang keras disebabkan mereka selalu berbuat fasiq. Maka tatkala mereka bersikap sombong terhadap apa yang dilarang mereka dari mengerjakannya, Kami katakan kepadanya : Jadilah kamu kera yang hina “

(Surah Al ‘Araaf ayat 165 – 166)

Semoga Allah s.w.t menunjukkan kepada kita sebaik-baik jalan dan petunjuk yang lurus.

Wallah hu a’lam


..Kerna yakinnya pada Allah...

"Ayah percaya tak tentang hakikat kewujudan hantu", tanyaku kepada ayah yang sedang memandu. " Kenapa tiba-tiba am tanya soalan tu?", tanya ayah balik. " ohh xdelah sebab ada orang kata hantu tu wujud dan ada orang yg menafikannya. Realitinya am sndiri tidak pernah melihat hantu". Dengan tenangnya ayah menjawab persoalanku, "Ayah percaya hantu itu wujud, begitu juga jin, syaitan , bunian, semua itu merupakan perkara ghaib yang merupakan makhluk ciptaan Allah. Tapi ayah yakin mereka tidak akan mampu mengapa-apakan kita tanpa izin dari Penciptanya." Itulah erti keyakinan kita pada Allah. Jawapan ayah cukup memuaskan hati saya.

Apabila kita menyebut tentang hakikat keimanan tidak lain dan tidak bukan sudah semestinya satu penyerahan diri secara
total kepada Allah. Keyakinan bahawa segala kejadian di dunia ini Berlaku hanya dengan izin dari RABB... Cinta kita, takut kita, malu kita ,yakin kita dan taat kita semua hanyalah kepadaNYA. Saya teringat sebuah kisah dari sirah-sirah yang cukup hebat untuk dihayati berkaitan dengan keyakinan. Sebuah kisah tentang keyakinan seorang sahabt nabi Muhammad SAW yang digelar Saifullah al-Maslul (Pedang Allah yang terhunus), Khalid al-Walid,

Suasana peperangan semakin terasa. Perintah Khalifah Abu Bakar masih segar di ingatannya. Menewaskan nabi palsu adalah agenda utama. Khalid al Walid; panglima yang diberi tanggungjawab dan amanah dari Khalifah, membawa tenteranya untuk menentang penentang khalifah dan musuh Allah. Dalam perjalanan mereka singgah di sebuah kampung. Penduduk kampung itu yang enggan berdamai dengan orang Islam merasa sangat takut dengan ketibaan tentera islam yang besar itu. Lebih-lebih lagi ketokohan Khalid al-Walid di medan peperangan memang tidak boleh diragukan lagi. Rasulullah SAW telah mendoakannya untuk berjaya dalam semua peperangan yang disertainya. Melihat keadaan ini akhirnya seorang pemimpin mereka iaitu Abdul Masih diberi tanggungjawab untuk bertemu dengan panglima islam, Khalid al Walid. Dibawa bersamanya segelas minuman yang mempunyai racun yang berbisa bertujuan untuk membunuh panglima islam itu. Maka di depan panglima itu dia mencabar Khalid untuk minum air beracun itu kerana didakwanya sesiapa yang meminumnya pasti mati serta-merta. "Wahai Khalid, orang mengatakan engkau kebal dalam peperangan, tiada senjata mampu menembusimu, maka aku yakin racun ini mampu membunuhmu kerana ia adalah racun yang paling ganas." Dengan keyakinan yang utuh Khalid menerima cabaran itu seraya berkata, " Aku yakin dengan seluruh jiwaku bahawa racun ini tidak mampu membunuhku tanpa izin Allah. Kerana Allah sahaja yang Maha Menghidupkan dan Maha Mematikan. Tanpa izinnya racun ini tidak akan memberi kesan sama sekali. " Setelah mengungkapkan kalimah Bismillah ,Khalid al Walid lantas meminum racun itu tanpa keraguan. SubhanaAllah, langsung tiada apa-apa perubahan dan kesan ,seakan-akan dia hanya meneguk air yang biasa. Abdul Masih sangat terkejut. Kejadian itu langsung tidak diduganya. Di fikirnya Khalid pasti mati. Lalu dia kembali kepada kaumnya dan berkata,:" Sesungguhnya Khalid al Walid sangat kebal, bukan hanya senjata malah racun yang paling berbisa pun tidak mampu membunuhnya." Akhirnya penduduk kampung itu bersetuju memeterai perjanjian damai dengan tentera islam.
Itulah cebisan sirah dari berjuta sirah lagi. Sirah betapa tingginya kesan keimanan dalam jiwa sahabat. Meletakkan Allah di depan dalam semua perkara. Mereka yakin makhluk tidak mampu melakukan apa-apa tanpa izin dari Allah. Jadi seharusnya kita yakin bahawa segala perkara itu tidak akan berlaku jika tidak mendapat keizinan dari Allah. Sama2lah kita mentajdidkan iman. Kerana keyakinan tidak akan lahir jika iman tidak segar.

AKIBAT MAKSIAT



Maksiat lawannya taat. Kedua-duanya, hanya Allah swt yang tahu. Maksiat ada kesannya, taat pun ada kesannya tersendiri. Ketaatan menjadi suatu yang manis bagi si Mukmin, manakala maksiat adalah suatu kelazatan bagi mereka yang engkar. Sesungguhnya maksiat dan pengaruhnya sangat membahayakan insan di dunia dan akhirat. Mukmin, sentiasa berhati-hati dalam kehidupan hariannya agar tidak terperangkap dalam kemaksiatan. Walaupun hanya Allah swt yang tahu semua tindakan ketaatan dan juga kemaksiatan insan, kesan dan pengaruhnya dapat dilihat semasa hidup di dunia.

1. Tidak Mendapat Ilmu

2. Tidak Mendapat Rezeki

3. Kerisauan dan Kesepian Hati

4. Banyak Mendapat Kesulitan

5. Kegelapan di dalam hati

6. Melemahkan Hati dan Badan

7. Kehilangan ketaatan

8. Mengurangi umur dan mengikis berkah

1. Tidak Mendapatkan Ilmu

Ilmu adalah sinar yang diletakkan Allah swt ke dalam hati. Sedangkan maksiat memadamkan sinar tersebut. Pernah Imam Malik menasihatkan Imam Syafie yang belajar dengarnya, "Saya melihat Allah swt telah meletakkan sinar dalam hatimu. Jangan engkau padamkan dengan kegelapan maksiat." Imam Syafie juga pernah mengeluh, "Saya mengeluh kepada Waki', hafalanku jelek; lantas dia menasihatiku untuk meninggalkan maksiat." Sambung Waki', "Ketahuilah bahawa ilmu itu anugerah, dan Allah swt tidak berikan kepada pelaku maksiat."

2. Tidak Mendapatkan Rezeki

Dalam Musnad Imam Ahmad, "Sesungguhnya seorang hamba tidak mendapatkan rezeki kerana dosa yang diperbuat." Sememangnya jelas bahawa taqwa kepada Allah swt itu mendapatkan rezeki, sedangkan meninggalkan taqwa mendatangkan kefakiran dan kemiskinan.

3. Kerisauan dan Kesepian di Hati

Antara hati seorang insan pelaku maksiat dengan Allah swt, tidak ada

keseimbangan dan keterkaitan yang dirasai sebagai kenikmatan, malahan yang terbit dari hatinya hanyalah kegelisahan dan kesepian. Sekiranya kenikmatan dunia seisinya diberikan kepadanya, tidak akan mampu mengimbangi keresahan tersebut.

Tidak ada yang lebih pahit dalam hati insan daripada kerisauan kerana

kesepian atau keterasingan antara dirinya dengan orang lain, lebih-lebih lagi dari orang-orang yang sebelumnya baik dengannya. Bilamana perasaan keterasingan itu menjadi kuat, maka dia akan menjauhkan dirinya dari lingkungan orang-orang tadi. Akhirnya, jika hati yang terasa terasing itu banyak melakukan maksiat, dia akan mendekati kelompok syaitan, dan jauh dari kelompok yang dekat dengan Allah swt. Kesan seterusnya, perasaan keterasingan itu akan menguasai dirinya dan dia akan mula terasa terasing dari keluarganya serta anak-anaknya, dan ini akan terus menambahkan kerisauan dan tertekan dalam dirinya.

4. Banyak mendapat kesulitan

Orang yang tidak bertaqwa akan mendapat kesukaran dalam berbagai urusannya. Kehidupannya banyak menemui kesulitan, jalan buntu dan jalan penyelesaian yang serba sulit.

5. Kegelapan dalam hatinya

Kegelapan dalam hatinya akan sungguh-sungguh ia rasakan seperti gelap

pekatnya malam. Bila ia diberi petunjuk, maka kegelapan maksiatnya itu masuk menutupi hatinya. Berkata Abdullah bin Abbas, "Sesungguhnya pada kebaikan itu ada cahaya pada wajah, sinar pada hati, kelapangan pada rezeki dan kekuatan pada badan serta kecintaan di hati ramai orang terhadap dirinya.

Adapun pada perbuatan buruk terdapat warna hitam pada wajah, kegelapan dalam hati, kelemahan badan, kekurangan rezeki dan rasa benci kepadanya di hati ramai orang."

6. Melemahkan hati dan badan

Orang Mukmin itu kekuatannya terletak pada hati. Bilamana hatinya kuat, badannya pun menjadi kuat. Sedangkan orang yang jahat dan penuh dengan maksiat, walaupun badannya kuat, namun hatinya paling lemah. Bayangkan, kekuatan badan orang-orang Persia dan Romawi dapat dihancurkan oleh orang-orang Mukmin dengan kekuatan hati yang kuat imannya kepada Allah swt.

7. Kehilangan ketaatan

Tidak ada hukuman bagi suatu dosa, kecuali hukuman itu adalah terhalangnya seseorang dari ketaatan terhadap Allah swt. Juga akan terputuslah jalan-jalan kebaikan yang lainnya, sedangkan ketaatan itu lebih baik daripada dunia seisinya.

8. Mengurangi umur dan mengikis berkah

Sebahagian ulama mengatakan, bahawa kurangnya umur orang yang suka melakukan maksiat ialah kerana hilangnya berkah umurnya. Hidup ini sebenarnya adalah kehidupan hati. Umur manusia selama waktu-waktu hidupnya sentiasa bersama Allah swt, itulah yang merupakan waktu-waktu umurnya. Bila hidupnya berpaling dari Allah swt dan sibuk dalam kemaksiatan, akan hilanglah hari-hari hidupnya yang hakiki. Sehingga pada akhirnya orang itu akan berkata:

"Aduhai, sekiranya dulu saya berbuat untuk hidupku sekarang ini."

(Al-Fajr:24).

[Rujukan: Ibn Qoyyim, "Terapi Penyakit Hati"]


Hubungan Dengan Allah


Saya teringat satu perumpamaan yg cukup cantik untuk mengungkap tahap mengenal Allah. Perumpamaan ini diberikan oleh seorang ustaz ketika memberi ceramah di medan terawih, Stadium Sultan Muhammad IV Kelantan.

Apabila kita melihat Menara Kuala Lumpur kita akan terus membayangkan Tengku Dr Mahathir Mohamed, kerana pada zaman pemerintahannya menara ketiga tertinggi di dunia ini dibina. Begitu juga apabila melihat kecanggihan teknologi Kuala Lumpur International Airport (KLIA) kita akan membayangkan wajah mantan perdana menteri itu. Tidak ketinggalan juga apabila melihat bandar2 yang terancang seperti Putrajaya dan Cyberjaya, wajah yang pertama terimbas ialah wajah Tan Sri Dr. Mahathir. Hal ini kenapa?

Kerana pada zaman pemerintahannyalah kesemua ini dibina dan dicipta. Namun apabila melihat sungai semua orang kata nampak air, melihat langit nampak awan, melihat pokok nampak daun, dan melihat manusia nampak paras rupa dan fizikalnya. Berapa ramai manusia yang apabila ia melihat sungai nampak kebesaran Allah, tengok langit betapa agungnya Allah, dan melihat manusia SUBHANALLAH.

Setiap benda yang dilihat dia terbayangkan Allah. Hatinya tidak henti dari memuji Allah, setiap anggota tubuhnya berzikir pada Allah. Itulah tahap hubungannya dengan Allah. Lagu-lagu cinta sentiasa diungkapkannya. Mushaf bertulisan arab itu umpama surat cinta yang amat dirindui dan didambakannya. Itulah tahap hubungan seorang yang bertakwa kepada Penciptanya. Tiada keraguan pada imannya, pujian bukan pada manusia tetapi Rabbnya. Kita pula bagaimana? Tepuk dada tanyalah iman.

Perihal Hati


Bismillahirahmanirahim…

Semoga Allah meredhai kita. Mengampuni dosa-dosa kita yang lalu dan akan datang. Semoga Allah memproses hati2 kita menjadi hati yang benar2 mukmin.

Hati yang takut padaNya. Hati yang sentiasa mengingatiNya. Dan hati yang bersih dari rawasib jahiliah..

Akhir-akhir ini, hati saya lemah. Benar kata seorang sahabat, bila kita banyak mendengar lagu2 yang tak syarak, tidak mengunakan masa dengan betul, banyak bersuka-suka, selalu melengah-lengah..hati akan lemah. Akibatnya,

kurangnya penghayatan dalam amalan. Hilangnya himmah dan kesungguhan dalam kerja..tumpuan juga terganggu.

Hati perlukan pada suasana yang penuh ketenangan dan keberkatan. Suasana amat perlu bagi kita yang ingin kembali kepada Islam. Sekiranya suasana yang soleh tidak kita lahirkan, maka hati dan jiwa kita tidak dapat dididik dengan cara yang berkesan. Ia perlukan pada pembinaan. Suasana yang di luar dari suasana kita adalah suasana / biah yang bercampur-baur antara ketaatan dan keengkaran, antara menerima dan menolak Allah swt. Ia membawa kita jauh dari Allah swt. Ia penuh dengan kekufuran dan kemungkaran…na’uzubillah…

Mungkin saya kekurangan ini dalam proses hati saya sekarang. Kurang berada dalam suasana yang soleh. Jauh dari sahabat yang soleh. Kurang mendengar perkara yang soleh. Jarang menelaah benda2 yang soleh..semoga Allah masih melindungi hati ini dan memberi kita peluang untuk merawatnya. Semoga setiap tindak-tanduk kita masyru’..tak ragu-ragu dan yakin ia mendapat kelulusan dari Allah. Marilah kita saling beriman kepada Allah swt. Marilah kita sama2 mencari dan membina suasana yang soleh, bercakap tentang iman dan islam, dan menzahirkannya dalam amalan. Marilah kita menjadi mukmin yang berusaha. Marilah kita duduk sejenak dalam suasana Iman. Membersihkan hati dari karat2 mazmumah.

Mari bermujahadah dan beristiqamah..