..Kerna yakinnya pada Allah...

"Ayah percaya tak tentang hakikat kewujudan hantu", tanyaku kepada ayah yang sedang memandu. " Kenapa tiba-tiba am tanya soalan tu?", tanya ayah balik. " ohh xdelah sebab ada orang kata hantu tu wujud dan ada orang yg menafikannya. Realitinya am sndiri tidak pernah melihat hantu". Dengan tenangnya ayah menjawab persoalanku, "Ayah percaya hantu itu wujud, begitu juga jin, syaitan , bunian, semua itu merupakan perkara ghaib yang merupakan makhluk ciptaan Allah. Tapi ayah yakin mereka tidak akan mampu mengapa-apakan kita tanpa izin dari Penciptanya." Itulah erti keyakinan kita pada Allah. Jawapan ayah cukup memuaskan hati saya.

Apabila kita menyebut tentang hakikat keimanan tidak lain dan tidak bukan sudah semestinya satu penyerahan diri secara
total kepada Allah. Keyakinan bahawa segala kejadian di dunia ini Berlaku hanya dengan izin dari RABB... Cinta kita, takut kita, malu kita ,yakin kita dan taat kita semua hanyalah kepadaNYA. Saya teringat sebuah kisah dari sirah-sirah yang cukup hebat untuk dihayati berkaitan dengan keyakinan. Sebuah kisah tentang keyakinan seorang sahabt nabi Muhammad SAW yang digelar Saifullah al-Maslul (Pedang Allah yang terhunus), Khalid al-Walid,

Suasana peperangan semakin terasa. Perintah Khalifah Abu Bakar masih segar di ingatannya. Menewaskan nabi palsu adalah agenda utama. Khalid al Walid; panglima yang diberi tanggungjawab dan amanah dari Khalifah, membawa tenteranya untuk menentang penentang khalifah dan musuh Allah. Dalam perjalanan mereka singgah di sebuah kampung. Penduduk kampung itu yang enggan berdamai dengan orang Islam merasa sangat takut dengan ketibaan tentera islam yang besar itu. Lebih-lebih lagi ketokohan Khalid al-Walid di medan peperangan memang tidak boleh diragukan lagi. Rasulullah SAW telah mendoakannya untuk berjaya dalam semua peperangan yang disertainya. Melihat keadaan ini akhirnya seorang pemimpin mereka iaitu Abdul Masih diberi tanggungjawab untuk bertemu dengan panglima islam, Khalid al Walid. Dibawa bersamanya segelas minuman yang mempunyai racun yang berbisa bertujuan untuk membunuh panglima islam itu. Maka di depan panglima itu dia mencabar Khalid untuk minum air beracun itu kerana didakwanya sesiapa yang meminumnya pasti mati serta-merta. "Wahai Khalid, orang mengatakan engkau kebal dalam peperangan, tiada senjata mampu menembusimu, maka aku yakin racun ini mampu membunuhmu kerana ia adalah racun yang paling ganas." Dengan keyakinan yang utuh Khalid menerima cabaran itu seraya berkata, " Aku yakin dengan seluruh jiwaku bahawa racun ini tidak mampu membunuhku tanpa izin Allah. Kerana Allah sahaja yang Maha Menghidupkan dan Maha Mematikan. Tanpa izinnya racun ini tidak akan memberi kesan sama sekali. " Setelah mengungkapkan kalimah Bismillah ,Khalid al Walid lantas meminum racun itu tanpa keraguan. SubhanaAllah, langsung tiada apa-apa perubahan dan kesan ,seakan-akan dia hanya meneguk air yang biasa. Abdul Masih sangat terkejut. Kejadian itu langsung tidak diduganya. Di fikirnya Khalid pasti mati. Lalu dia kembali kepada kaumnya dan berkata,:" Sesungguhnya Khalid al Walid sangat kebal, bukan hanya senjata malah racun yang paling berbisa pun tidak mampu membunuhnya." Akhirnya penduduk kampung itu bersetuju memeterai perjanjian damai dengan tentera islam.
Itulah cebisan sirah dari berjuta sirah lagi. Sirah betapa tingginya kesan keimanan dalam jiwa sahabat. Meletakkan Allah di depan dalam semua perkara. Mereka yakin makhluk tidak mampu melakukan apa-apa tanpa izin dari Allah. Jadi seharusnya kita yakin bahawa segala perkara itu tidak akan berlaku jika tidak mendapat keizinan dari Allah. Sama2lah kita mentajdidkan iman. Kerana keyakinan tidak akan lahir jika iman tidak segar.

0 comments: