Hubungan Dengan Allah


Saya teringat satu perumpamaan yg cukup cantik untuk mengungkap tahap mengenal Allah. Perumpamaan ini diberikan oleh seorang ustaz ketika memberi ceramah di medan terawih, Stadium Sultan Muhammad IV Kelantan.

Apabila kita melihat Menara Kuala Lumpur kita akan terus membayangkan Tengku Dr Mahathir Mohamed, kerana pada zaman pemerintahannya menara ketiga tertinggi di dunia ini dibina. Begitu juga apabila melihat kecanggihan teknologi Kuala Lumpur International Airport (KLIA) kita akan membayangkan wajah mantan perdana menteri itu. Tidak ketinggalan juga apabila melihat bandar2 yang terancang seperti Putrajaya dan Cyberjaya, wajah yang pertama terimbas ialah wajah Tan Sri Dr. Mahathir. Hal ini kenapa?

Kerana pada zaman pemerintahannyalah kesemua ini dibina dan dicipta. Namun apabila melihat sungai semua orang kata nampak air, melihat langit nampak awan, melihat pokok nampak daun, dan melihat manusia nampak paras rupa dan fizikalnya. Berapa ramai manusia yang apabila ia melihat sungai nampak kebesaran Allah, tengok langit betapa agungnya Allah, dan melihat manusia SUBHANALLAH.

Setiap benda yang dilihat dia terbayangkan Allah. Hatinya tidak henti dari memuji Allah, setiap anggota tubuhnya berzikir pada Allah. Itulah tahap hubungannya dengan Allah. Lagu-lagu cinta sentiasa diungkapkannya. Mushaf bertulisan arab itu umpama surat cinta yang amat dirindui dan didambakannya. Itulah tahap hubungan seorang yang bertakwa kepada Penciptanya. Tiada keraguan pada imannya, pujian bukan pada manusia tetapi Rabbnya. Kita pula bagaimana? Tepuk dada tanyalah iman.

0 comments: