Muqoddimah

Alhamdulillah...setelah sekian lama saya mengimpikan untuk memiliki sebuah blog, akhirnya tercapai juga hasrat ini. Terima kasih yang tidak terhingga kepada kak long kerana bersusah payah membikin blog ini . Saya bukanlah seorang yang pandai menulis tetapi saya ingin melatih diri untuk berdakwah melalui penulisan . Saya begitu kagum dengan penulisan dari ramai murabbi yang telah lama berkecimpung dalam medan ini seperti ayah dan kakak saya , akhi ali irfan akhi hilal , fatimah syarha dan cikgu azmi . Penulisan mereka mampu menyentuh jiwa2 dan hati2 insan yang ingin berubah Sepertimana mana yang kita tahu blog juga merupakan satu wasilah untuk kita menyampaikan dakwah secara global iaitu melalui penulisan sebaliknya ia bukan hanya satu medan untuk kita beromong kosong atau tidak bersifat tarbawi . Kan lagi cantik kalau kita memanfaatkan segala peluang untuk menulis sesuatu yang dapat memimpin hati kita dan hati insan2 lain ke arah mendekati allah .Seseorang murabbi bukan sahaja perlu mempunyai kemahiran berkomunikasi dan personal touch tetapi mereka juga boleh menyampaikan dakwah melalui penulisan. Kita haruslah menggunakan segala kemudahan teknologi maklumat seperti email , blog , facebook hanyalah untuk satu tujuan iaitu ; untuk menyebarkan din ini. Sama-samalah kita renungi firman ALLAH S.W.T:

" Dan kami tidak mengutus kamu melainkan kepada umat manusia seluruhnya sebagai pembawa berita gembira dan sebagai pemberi peringatan , tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui
(SAD :34)

Kita adalah umat yang diamanahkan allah untuk menyebarkan islam di serata dunia kerana kita adalah khalifah allah. Kerana itulah saya ingin mencurahkan hati dan perasaan saya tentang D&T supaya saya dapat mendidik hati saya dan pembaca untuk lebih dekat kepada Allah. Semoga saya akan terus disuburi dengan bunga-bunga cinta kepada allah dan terus istiqomah di jalan D&T ini.

0 comments: